PROFILE PD


                                Perpustakaan  desa Kuala sanglang merupakan sebuah perpustakaan yang dibina oleh Perpustakaan Nagara Malaysia (PNM) untuk projek khas pembangunan kepada rakyat.Projek khas ini adalah untuk menolong penduduk diluar Bandar untuk mencapai kejayaan didalam pelajaran.Perpustakaan Desa Kuala Sanglang telah dibina pada tahun 2006 dan mula beroperasi sepenuhnya dari tahun 2007. Perpustakaan ini dirasmikan secara serentak melalui pelancaran serentak perpustakaan desa projek khas negeri perlis pada 16 april 2011,disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamaluliail.Tapak asal bangunan ini adalah dewan orang ramai kemudian dijadikan perpustakaan.Kedudukan perpustakaan desa ini amat strategik kerana bangunannya terletak disuatu kawasan yang lapang dan di tepi jalan raya dari simpang sanglang ke kuala sanglang serta berada bersebelahan  balai polis kuala sanglang dan klinik kesihatan kuala sanglang.
              Dengan itu ,pengunjung begitu mudah untuk mengunjungi perpustakaan terutamanya golongan kanak-kanak,belia dan dewasa.Antara perkhidmatan  yang disediakan di perpustakaan desa kuala sanglang ,pinjaman buku ,rujukan ,surat khabar majalah dan perkhidmatan internet secara percuma di samping itu boleh dijadikantempat riadah serta tempat perjumpaan penduduk kampung




1.TARIKH MULA BEROPERASI:2/7/2007

2.MAKLUMAT PETUGAS:









 i)NAMA PENYELIA:PN NORWANI BINTI MAHAMAD NOR
                                      PEN PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27/PENYELIA















ii)NAMA PERTUGAS:PN RAHIMAH BINTI HUSIN
                                     :PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17






 STATISTIK KAMULATIF PERPUSTAKAAN DESA KUALA SANGLANG
JAN-JULAI 2016

i)JUMLAH PENGUNJUNG:
  KANAK-KANAK=796
  BELIA/DEWASA=686

ii)JUMLAH PENGGUNA:
  KANAK-KANAK=796
  BELIA/DEWASA=686

iii)JUMLAH KEAHLIAN:
    KANAK-KANAK=24
    BELIA/DEWASA=3

)JUMLAH PINJAMAN BAHAN:
    KANAK-KANAK=413
   BELIA/DEWASA=421




3.PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
·               PERKHIDMATAN PINJAMAN
·               PERKHIDMATAN RUJUKAN
·               PERKHIDMATAN AKBAR DAN MAJALAH
·              PERKHIDMATAN SUMBER MEDIA DAN INTERNET

  4.KEMUDAHAN ICT
      Streamyx

   5.LOKASI- KAMPUNG KUALA SANGLANG
     ALAMAT-PERPUSTAKAAN DESA KUALA
                           02800 SANGLANG PERLIS

   6.JUMLAH PENDUDUK:ANGGARAN 2000
      7.KOMPISASI PENDUDUK
        a)70%  Melayu /Islam
        b)28% Cina

         c)2%  India

      8.PEKERJAAN PENDUDUK
          a)Kakitangan Kerajaan
          b)Petani
          c)Nelayan
          b)Bekerja Sendiri
          e)Buruh



SEJARAH KAMPUNG
Asal usul nama Kuala Sanglang seperti diriwayatkan oleh Tok Pengulu Said bin Jaafar bin Enjang (1860 -1960) berasal dari perkataan "sarang helang": sebutan Kuala Sarang Helang lama kelamaan berubah menjadi Kuala Sanglang. Di zaman dahulu banyak sarang helang didapati di tepi pantai. Dikatakan pada awalnya satu keluarga nelayan Cina tingal ditempat itu dan mendapat tangkapan yang baik. Perkara ini menarik lebih ramai orang datang ke situ.[1]
Kuala Sanglang Kedah, sebagai nuklues, dibuka oleh Penghulu Said yang dikenali juga sebagai Panglima Said. Penghulu Said bersama pengikutnya di sekitar 1900 telah datang membuka Kampung Kuala Sanglang di kawasan yang dikenali sebagai Kampung Masjid adalah tanah milik beliau .Dia mewakafkan satu bahagian untuk Masjid dan satu bahagian untuk kubur semasa kubur awal Kuala Sanglang di tepi laut telah terhakis dan juga menjadi laluan sungai korek di sekitar 1957. Orang yang pertama di kuburkan ialah Tok Udoh isteri Tok Man Sekun (school) yang bersama Che Gu Mat Amin rakan rakan sebaya Penghulu Said yang mempelopori Sekolah Rakyat Kuala Sanglang. (Diriwayatkan oleh Fatimah binti Ali isteri Abdul Ghani kepada En Abdul Halim Abd Ghani bin Said)[2]
Kampung Kuala Sanglang berkembang menjadi Sungai Baru, Kg Masjid dan Kuala Sanglang Perlis. Apabila Perlis yang asalnya tanah jajahan Kedah diambil oleh Siam dan dihadiah kepada keluarga Jamalulai Raja Perlis, Kuala Sanglang menjadi sempadan dan juga pangkalan yang penting. Di masa jajahan British ditempatkan tangsi polis di kedua belah sempadan lengkap dengan Kastam. Selepas pemerintahan Jepun sempadan ini dimansuhkan. Kepentingan Kuala Sanglang menurun walaupun ia masih jadi lebuh raya laut dari Kuala Sanglang ka Kula Kedah dengan perkhidmatan bot tambang dari Sungai Baru ke Kuala Kedah.
Setelah terbina jalan raya dari Simpang Empat, Perlis merentasi Kampung Sanglang ke Alor Setar peranan Kuala Sanglang makin merosot dan kekal sebagai kampung nelayan. Walau bagaimanapun penambahan penduduk dan perpindahan dari tempat lain sejak 50 tahun dahulu kawasan Kuala Sanglang sudah membesar kepada 4 kali ganda asal.

   9.KAMPUNG BERHAMPIRAN
a    a )      Kampung Kuala Sanglang Perlis   
b    b )      Kampung Tanah Timbul Perlis
c    c )      Kampung Kuala Sanglang Kedah
d   d  )      Kampung Baru Tepi Laut Kuala Sanglang Kedah
e   e  )      Simpang Sanglang Perlis ) 
f      f)       Kampung Rama Perlis
g   g  )      Kampung Permatang Keriang Perlis
h   h )     Kampung Padang Keria Perlis

        10.SEKOLAH BERHAMPIRAN
a          a )   Sekolah SRJK Chin Hun
b             b )      Tadika Kemas Kuala Sanglang Perlis
c              c )       Sek.Keb.Sanglang Perlis
d       d  )   SMK Sanglang Perlis

       11. DEWAN UNDANGAN NEGERI:SANGLANG( N15)
               Ahli Dewan Undangan Negeri:YB Tuan Shukri Bin Ramli( Pas)
        
      12.PARLIMEN:ARAU (P3)
              Ahli Parlimen:YAB Dato Seri Dr Shahidan Kassim



No comments:

Post a Comment